PENGENALAN MOOD WARNA-WARNA PAKAIAN HARIAN ANDA

Hi, Dear! Welcome!

Wanita memang takkan dapat lari dari memilih warna.
Terang atau gelap bukan satu persoalan, yang menjadi persoalan adalah :


"Harini nak pakai baju warna apa?
Nak pakai seluar atau skirt?
Nak pakai tudung warna apa?
Bercorak atau plain?"


dan sebagainya.






Kami sediakan sedikit makluman untuk pengetahuan anda. Lepas ini bolehlah mix and match warna yang sesuai supaya mood harian anda sentiasa gembira dan ceria setiap saat.



BAGAIMANA MAHU MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN CARTA RODA WARNA?


WARNA ASAS / UTAMA / PRIMER (PRIMARY COLOUR)
Merah, biru atau kuning dikenali sebagai warna utama/premier dalam carta kod warna. Semua war lain datangnya daripada gabungan ketiga-tiga jenis warna asas ini. Untuk mendapatkan satu imej tersendiri dalam menetapkan hanya satu warna utama untuk keseluruhan pakaian dan aksesori ianya dipanggil sebagai monochrome look. Di mana apabila ianya dilaksanakan dengan betul, warna ini akan menjadikan si pemakai kelihatan lebih moden dan bergaya. Bagi pemakai yang berani untuk bergaya berani, ampuran ketiga-tiga warna asas dalam keseluruhan pakaian dan aksesori akan menampilkan gaya mod look untuk si pemakai.


WARNA SEKUNDER / PELENGKAP (COMPLIMENTARY COLOUR)
Warna pelengkap ialah warna yang bertentangan selari antara satu sama lain di dalam carta roda warna di atas. Contohnya adalah seperti warna kuning dan violet, warna orange dan biru dan merah violet dan kuning hijau. Ianya akan mencipta warna kontras yang sangat jelas kepada si pemakai. Kebiasaannya gabungan warna pelengkap ini dipakai oleh personaliti TV dan juga para artis sebagai daya tarikan.


WARNA TRIAD (TRIAD COLOUR)
Warna triad ialah gabungan dua warna tertiari (tertier) yang terletak di antara warna primer/utama/asas dengan warna sekunder/pelengkap. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada carta roda warna di atas, gabungan dua warna tertiari ini hendaklah digabungkan dengan warna yang mempunyai jarak 4 langkah warna berikutnya.
Contohnya, seperti warna kuning hijau dengan warna biru violet, warna biru violet dengan warna merah orange, warna kuning orange dengan warna biru hijau dan warna merah violet dengan kuning orange. Skema warna triad ini merupakan skema warna yang sangat seimbang dan berpadanan dengan kebanyakan jenis pakaian.


WARNA ANALOGI (ANALOGOUS COLOUR)
Warna analogi ialah gabungan dua warna tertiari (tertiery) yang terletak di kiri dan kanan warna sekunder/pelengkap. Contohnya, seperti warna kuning hijau dengan biru hijau, biru violet dengan merah violet dan seterusnya. Warna ini mencipta satu warna harmoni daripada kedua-dua warna tersebut. Dan ianya bersesuaian untuk acara rasmi dan juga ke pejabat.





Sila kongsikan jika bermanfaat.