UKURAN SKIRT



Bismillahirrahmanirrahim.

Kami kenalkan sedikit sebanyak mengenai skirt labuh muslimah 100% tanpa jarang ini. Alhamdulillah, pelanggan kami 99.9% sangat berpuas hati dengan skirt yang kita bekalkan ini.




PERSOALAN MENGENAI SAIZ DAN UKURAN SKIRT


1. KAIN NI JARANG TAK SIS?
Kami jamin 100% tak jarang kerana material yang kami gunakan adalah COTTON POLYESTER dan MATTE POLYESTER yang mana diimport kerana kualiti kainnya yang kami sangat percaya. Ketebalannya juga sangat berbeza daripada kain yang ada di pasaran luar. Kami yakin 100% tidak jarang. Ditambah lagi dengan lining penuh sehingga buku lali bukan setakat lutut seperti kebanyakan skirt di luar.


2. SAYA BIASA BELI SKIRT SAIZ L. SKIRT NI SAIZ PINGGANGNYA BERAPA?
Untuk pengetahuan semua, skirt kami FREE SIZE dan stretchable. Fit untuk pemakai yang bersaiz S hingga XL iaitu yang berukuran 24' hingga 34 inci. Untuk anda yang berbadan XXL, kami tak menjanjikan ia pasti muat buat anda. Tetapi, kami ada menerima beberapa testimoni pelanggan yang berbadan XXL turut memakai skirt kami. Boleh lihat testimoni di ruangan testimoni.


3. TINGGI SAYA 170CM. SAYA FIT TAK DENGAN SKIRT NI?
Labuh skirt ini adalah 40 inci yang mana sesuai untuk pemakai yang mempunyai ketinggian dari 155cm hingga 170cm. Kami juga ada menerima testimoni dari pelanggan kami yang mempunyai ketinggian 173cm. Boleh lihat testimoni di ruangan testimoni.


4. PERLU KE SAYA PAKAI INNER DENGAN SKIRT NI?
Terus terang kami kata, anda pasti selamat mengenakan skirt labuh mulimah kami. Dengan material skirt itu sendiri tebal ditambah lagi dengan full lining sampai paras buku lali. Itu yang pelanggan kami cari-cari selama ini. Alhamdulillah, mereka gembira kerana skirt kami dapat memberi solusi kepada permasalahan mereka selama ini. Alhamdulillah.


5. SKIRT NI JENIS STRAIGHT ATAU KEMBANG SIS?
Skirt kami adalah potongan yang sangat digemari ramai wanita dan remaja perempuan masa kini iaitu potongan jenis A-Cut. Atau kata lainnya adalah saiz mengembang ke bawah. Ala-ala princess gitu. Yang pasti sangat sesuai digayakan ke kuliah, ofis, beriadah bersama keluarga dan teman-teman mahupun pergi ke majlis ilmu. Perfecto!



Harap maklum.